ARTIKEL

Gambar Pixabay

Ireland secara rasmi iktiraf Negara Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Langkah itu menyusul selepas Norway dan Sepanyol secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin pada pagi Selasa.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Ireland, Simon Harris, berkata: “Kami ingin mengiktiraf negara Palestin selepas proses damai berakhir, tetapi kami mengambil langkah ini bersama Sepanyol dan Norway untuk menyokong keamanan.”

Ketiga-tiga negara Eropah itu mengumumkan langkah berkenaan secara serentak minggu lepas dengan pemimpin mereka menyatakan bahawa mereka berhasrat negara-negara lain akan menyertai inisiatif tersebut, menekankan bahawa ia akan meningkatkan prospek keamanan.

Susulan langkah Sepanyol, Norway dan Ireland, jumlah negara yang mengiktiraf Negara Palestin meningkat kepada 147, daripada 193 negara anggota dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.–BERNAMA-WAFA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat