
BERPENGALAMAN…Irfan Bakti (kiri) terus kekal mengemudi Kuching City.
BETONG: Irfan Bakti Abu Salim,71 kekal mengemudi Kuching City FC untuk menghadapi kempen Liga Super 2023.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusi Kuching City FC (KC FC), Fazzrudin Abdul Rahman sebentar tadi.
“Kita masih mengekalkan Irfan Bakti untuk mengemudi Kuching City bagi menghadapi saingan Liga Super 2023,” ujar Fazzrudin kepada Arena Suara Sarawak.
Menurut Fazzrudin, keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat bersama pihak pengurusan kelab yang diadakan sebelum ini.
Di samping mengambil kira reputasi hebat jurulatih kelahiran Terengganu yang berjaya memastikan Kuching City berada di kedudukan ketiga kempen Liga Premier 2022.
Selain layak ke pentas Liga Super 2023 dan yang menariknya, sentuhan Irfan Bakti musim ini berjaya membawa Kuching City mara ke peringkat suku akhir kempen Piala Malaysia 2022.