ARTIKEL

Irfan menang dalam bengang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAGUH lempar cakera kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin, ternyata berang walaupun berjaya mempertahankan emasnya pada Sukan SEA 2023.

Muhammad Irfan yang melakukan balingan terbaik pada percubaan keduanya 57.83 meter (m), mengakui tidak berpuas hati dengan kesilapan dilakukan seorang pegawai teknikal pada balingan pertamanya dalam saingan yang berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo itu.

Atlet berusia 27 tahun itu mendakwa telah berjaya memecahkan rekod Sukan SEA dipegang atlet Singapura Wong Tuck Yim, 59.50m, yang dicatatkan pada edisi 1999 di Brunei.

“Salah seorang pegawai tersilap mengangkat bendera merah, sepatutnya angkat bendera putih ketika percubaan pertama, saya percaya itu rekod SEA Games pada balingan pertama saya…saya betul-betul nampak penanda saya dekat dengan garisan 60m.

“Saya memang rancang datang sini untuk lakukan sehabis baik pada balingan pertama, saya tahu kondisi saya di sini, lepas balingan pertama saya mengaku tenaga banyak digunakan dan buat badan lemah, itu sebab saya mahu habiskan di balingan pertama dan seterusnya saya cuma ikut rentak saja,” katanya kepada pemberita.

Walaupun mengakui fokusnya sedikit terganggu dengan insiden tersebut, Muhammad Irfan berharap dapat kembali lebih kuat pada Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Pattaya, Thailand, dari 12 hingga 16 Julai ini, selain Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, dijadual bermula 23 Sept hingga 8 Oktober ini.

Kejayaan hari ini menyaksikan Muhammad Irfan mengungguli acara itu enam kali berturutturut sejak memenanginya buat kali pertama pada edisi 2013 di Myanmar.

Sementara itu, dua atlet Thailand iaitu Kiadpradid Srisai yang melakukan 51.89m dan Bandit Singhatongkul (50.02m) masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa. – BERNAMA

BERITA LAIN

KGS anjur kejohanan golf profesional

SIBU: Buat julung kalinya, Kelab Golf Sibu (KGS) akan menganjurkan kejohanan golf profesional di sini. Presiden KGS, Wong Pak Cheng, berkata kejohanan profesional itu ialah

KL CITY BENAM NSFC 3-0

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC mengalami kekalahan kali ketiga berturut-turut selepas tewas 3-0 di tangan Kuala Lumpur City FC pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman,

BERITA TERBARU