ARTIKEL

Iskandar Turkee angkat sumpah jawatan ADUN Jepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 yang bermula hari ini dimulakan dengan majlis angkat sumpah jawatan bagi ADUN Jepak yang baharu, Iskandar Turkee.

Iskandar, 54, mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar disaksikan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Asfia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Talib Zulpilip, yang meninggal dunia pada 15 September lalu.

“Mari kita sama-sama mendoakan agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya ketika berucap sebelum sesi bermula.

Terdahulu, Asfia turut mengucapkan tahniah kepada bekas pengarah agensi antidadah itu atas kemenangannya pada Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Jepak, 4 November lalu, dengan memperoleh majoriti 8,784 undi.

Iskandar memperoleh 9,638 undi manakala pesaingnya, Stevenson Joseph Sumbang dari Parti Bumi Kenyalang mendapat 854 undi manakala Chieng Lea Phing dari Parti Aspirasi Sarawak mendapat 431 undi.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian Datuk Talib Zulpilip, yang menyandang kerusi itu selama enam penggal sejak mula dipertandingkan pada 1969.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke