SERING kali kita mendengar sesetengah pihak mendakwa bahawa Islam agama ketinggalan dan tidak dapat diaplikasikan pada zaman kini.
Hukum-hakam dikatakan sudah lapuk dan tidak sesuai dijadikan panduan pada masa kini.
Kesemua dakwaan tersebut tidak berasaskan ilmu dan fakta kerana kita dapat lihat bahawa Islam sentiasa bergerak seiringan peredaran zaman.
Bahkan, jikalau seseorang memiliki sifat mengkaji sesuatu dengan lebih mendalam dan terperinci, maka mereka dapati Islam merupakan agama yang sentiasa berada jauh di hadapan dalam rangka kajian manusia sedia ada.
Suatu ketika dahulu, kita dapat melihat para cendekiawan Islam memiliki pelbagai kehebatan dari sudut ilmu kejuruteraan, ilmu matematik, sains, perubatan dan pelbagai lagi.
TOKOH ISLAM
Sebagai contoh dari sudut ilmu kejuruteraan merupakan ilmu yang dikuasai dua tokoh Islam terkemuka iaitu al-Jazari dan Taqi al-Din.
Mesin yang dicipta untuk kegunaan di sungai Yazid di Damascus.
Mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam di dalam sungai dan berputar disebabkan oleh aliran sungai sebagai alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain-lain.
Kemudian kita juga dapat lihat antara tokoh Islam ialah Muhammad Ibn Musa alKhawarizmi atau lebih dikenali sebagai al-Khawarizmi.
Beliau merupakan pakar yang meliputi bidang syariat tetapi juga dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
Beliau juga pengasas ilmu Aljabar iaitu algebra serta menjadi guru Aljabar di eropah.
Seterusnya kita dapat melihat lagi salah seorang tokoh perubatan Islam yang terkenal iaitu Ibnu Sina atau Avicenna satu nama yang sentiasa bermain di bibir masyarakat barat Eropah.
Kehebatan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan, bahkan dalam bidang falsafah dan banyak mempengaruhi kebudayaan di barat.
RUJUKAN UTAMA SAINTIS
Kita dapat lihat bagaimana al-Quran itu sendiri terlalu banyak rahsia dan penemuan yang diperoleh oleh saintis ketika mereka mengkaji keindahan ciptaan makhluk di muka bumi Allah SWT ini.
Sebagai contoh, kita dapat lihat bagaimana melalui alQuran fi rman Allah SWT:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda kekuasaan Kami. (maksud Yunus: 92) Lalu terdapat saintis bernama Profesor.
Dr Bucaille berasa hairan bagaimanakah Muhammad mengetahui kematian Firaun disebabkan tenggelam dalam lautan merah, sedangkan perkara itu berlaku beribu tahun sebelum kemunculan Nabi Muhammad SAW.
Sedangkan ketika zaman Muhammad tidak terdapat alat yang canggih mengkaji mayat Firaun.
Akhir sekali kajian tersebut menyebabkan Dr. Bucaille mempercayai akan kebenaran al-Quran dan akhirnya beliau memeluk Islam disebabkan hidayah yang diperoleh melalui kajian beliau tersebut.
Oleh itu, kita dapat melihat betapa banyak saintis barat yang masuk ke agama Islam bukan disebabkan paksaan dan harta benda, namun mereka memeluk Islam disebabkan kajian demi kajian dilakukan dan kesemua tersebut bertepatan fi rman Allah SWT dalam al-Quran.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Tidakkah mereka memperhati keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?” (maksud al-Ghashiyah: 17-20)