ARTIKEL

ISMAWI bertemu Duta baharu Malaysia di Jakarta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI), Datuk Mokhtar hussain dan delegasinya mengadakan kunjungan hormat dengan Duta baharu Malaysia di Republik Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin / Syed Hussin, hari ini. 

Pertemuan yang berlangsung lebih dari sejam itu di Pejabat Kedutaan Malaysia di sini, bertujuan mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara ISWAMI dan Kedutaan Malaysia di sana. 

Kedua-dua pihak bertukar pandangan dan pengalaman mengenai kepentingan hubungan baik antara media di kedua-dua negara.

Antara kelebihan yang ditekankan ialah kerjasama yang baik antara media dapat meningkatkan kefahaman antara satu sama lain, mengukuhkan hubungan sekian lama terjalin dan meredakan sebarang isu yang timbul sebelum ia mengeruhkan hubungan kedua-dua negara. 

ISWAMI diketuai Mokhtar diikuti Penasihatnya, Datuk Zakaria Abdul Wahab, Setiausahanya, Mohd Shukri Ishak dan dua lagi anggota ISWAMI.

ISWAMI ke Indonesia setelah dijemput untuk menghadiri Kongres dua hari Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) ke-25 mulai 25 Sept lepas di Bandung, 140KM dari Jakarta. 

Pada kongres itu berlaku pemilihan, yang menyaksikan Hendry Ch terpilih menjadi Ketua Umum PWI, bagi tempoh 2023-2028, mengalahkan penyandangnya Atal S. Depari dan dua lagi calon bertanding. 

Sehubungan itu kepimpinan ISWAMI menzahirkan ucapan tahniah kepada bapak Hendry Ch atas kejayaan itu. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur