Trending

Isnin penentuan juara Piala Perpaduan Sambir 2022

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

ASAJAYA: Perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Kampung Sambir, Asajaya (Piala Pusingan Adun Asajaya, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah) Edisi Ke-54 akan berlangsung Isnin depan.

Sekali gus, dapat diketahui calon pasukan baharu yang akan bergelar juara.

Pengerusi Kelab Bola Sepak Sambir Bistari, Jalek Jafar memberitahu, perlawanan akhir akan bermula pukul 2.00 petang.

“Saingan peringkat separuh akhir terlebih dilangsungkan pada hari Ahad,” ujar Jalek kepada Arena Suara Sarawak.

Sementara itu, pasukan Jas FC antara calon terawal mara ke separuh akhir selepas menumpaskan Tabuan FT (5-4) menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua terikat (1-1) untuk masa penuh perlawanan suku akhir sebentar tadi.

Tiga lagi slot untuk bersaing diperingkat tersebut akan dapat diketahui petang esok.

Ia membabitkan enam pasukan. Dengan perlawanan akan bermula pukul 2.00 petang.

Pasukan SHOAW akan menentang 644 United, Klanying Buyo menentang GTA selain pertembungan antara Mix A dan Teluk Baruk.

REBUT…Pemain Tabuan FT (kanan) mengawal bola sambil cuba disaing oleh pemain Jas FC.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru