ARTIKEL

Trucks carrying humanitarian aid slated for Gaza await clearance at the Kerem Shalom (Karm Abu Salem) border crossing on March 14, 2024 amid the ongoing conflict between Israel and the Palestinian militant group Hamas. (Photo by JACK GUEZ / AFP)

Israel halang bantuan kemanusiaan ke Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ANKARA: Terdapat bukti bahawa Israel menghalang bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza, kata Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Josep Borrell pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

“Jika ada kebuluran.

Mengapa ada kebuluran?

Kerana tiada bantuan kemanusiaan yang masuk untuk membantu orang-orang itu.

“Mengapa begitu?

Kerana Israel mengawal sempadan dan tidak membenarkan bantuan kemanusiaan masuk,” katanya kepada televisyen PBS di Amerika Syarikat (AS).

Ditanya kenyataan beliau bahawa terdapat kebuluran di Gaza beliau berkata; “Ya, ia adalah kebuluran di Gaza.

Beratus-ratus ribu orang kebuluran termasuk ramai kanakkanak yang hanya menunggu ajal menjemput mereka.

“Anda menghalang bantuan kemanusiaan daripada datang dan orang ramai sedang kebuluran, bukankah itu sebab dan akibat yang logik?” soal Borrell.

Borrell sebelum ini mendakwa Israel menggunakan kebuluran sebagai senjata perang di Gaza dan menekankan bahawa kawalan Israel terhadap sempadan Gaza sebagai punca krisis bantuan kemanusiaan berterusan.

Mengulas lanjut Borrell berkata semakin ramai orang, termasuk di AS dan secara global bimbang dengan serangan Israel ke atas Gaza yang beliau gambarkan sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Baca lain  Fosil ikan lumba-lumba berusia 16 juta tahun

Borrell mengulangi bahawa EU memihak kepada penyelesaian dua negara untuk menyelesaikan konflik antara Israel dengan Palestin. – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,