ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Israel marah, AS tidak veto resolusi gencatan senjata PBB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

WASHINGTON: Israel bereaksi keras ke atas kelulusan resolusi gencatan senjata segera di Gaza yang diusahakan Majlis Keselamatan PBB, selepas AS mengambil sikap berkecuali dan tidak menggunakan kuasa vetonya.

Memetik Reuters pada Selasa, sebanyak 14 negara anggota Dewan Keselamatan PBB mengundi menyokong resolusi menuntut gencatan senjata segera Israel-Hamas

Washington sekutu Tel Aviv, sebelum ini banyak menggunakan kuasa veto menggagalkan resolusi serupa.

Resolusi diluluskan itu “menuntut gencatan senjata segera sempena Ramadan, membawa kepada gencatan senjata berpanjangan serta menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bereaksi keras berkata, kegagalan AS memveto resolusi itu “pengunduran yang jelas” daripada kedudukannya sebelum ini, dan ini dikira menjejaskan usaha Israel membebaskan lebih 130 tebusan dari tangan Hamas.

Kini, Netanyahu membatalkan lawatan delegasi peringkat tinggi Israel ke Washington yang dijadual membincangkan operasi ketenteraan Israel ke atas Rafah, Gaza.

BERITA LAIN

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36

Kuda lumba ‘tunggu’ kereta api di Australia

PORTAL berita sky.news di Australia semalam melaporkan tentang satu rakaman video tular yang menunjukkan seekor kuda seakan-akan sedang menunggu kereta api seperti mereka. Kuda lumba

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36