ARTIKEL

A Palestinian carries a gas cooker as he walks amidst the debris of a destroyed building in the city of Nuseirat in the central Gaza Strip on April 18, 2024, amid ongoing battles between Israel and the militant Hamas group. (Photo by AFP)

Israel terus sekat bahan api ke Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GAZA: Untuk tujuh bulan berturut-turut, Israel terus menghalang kemasukan gas memasak dan bahan api ke Semenanjung Gaza, terutamanya Bandaraya Gaza dan bahagian utaranya, kata Pejabat Penerangan Kerajaan di sini.

Agensi Berita Jordan (Petra) melaporkan pejabat itu dalam satu kenyataan pada Sabtu memberi amaran krisis kemanusiaan dan kesihatan yang meruncing, berikutan serangan ke atas Gaza dan kebergantungan penduduk kepada sumber alternatif, seperti kayu api, arang dan runtuhan bangunan untuk menghidupkan api, mengakibatkan ratusan penduduk menghadapi masalah pernafasan.

Ia berkata ratusan kes masalah pernafasan direkodkan akibat mereka berjam-jam terdedah kepada api yang digunakan untuk memasak, memburukkan lagi krisis dan meningkatkan kes kanser paru-paru dan penyakit berkaitan pernafasan kerana menghidu gas yang berbahaya.

“Realiti kemanusiaan, kesihatan dan alam sekitar yang sukar memerlukan campur tangan segera untuk menoktahkan krisis ini dan membawa masuk barangan keperluan asas, yang paling utama ialah gas memasak dan bahan api,” kata pejabat itu.

Ia menggesa masyarakat antarabangsa dan pihak prihatin supaya memberikan tekanan terhadap Israel untuk segera menangani krisis ini dan membenarkan kemasukan bekalan gas memasak dan bahan api, menurut Petra.

Kenyataan itu menekankan bahawa menyekat akses kepada keperluan barangan asas adalah satu jenayah selain daripada serangan genosid Israel terhadap warga Palestin sejak 7 Oktober. – Bernama-Petra

BERITA LAIN

Rai roti Perancis dengan setem wangi

PARIS: Pejabat Pos Perancis pada Jumaat melancarkan setem pos guris-dan-hidu, untuk meraikan baguette (roti Perancis) yang terkenal di dunia, yang pernah digambarkan oleh Presiden Emmanuel

50 korban banjir kilat di barat Afghanistan

KABUL: Banjir kilat mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang di barat Afghanistan, menurut polis wilayah pada Sabtu, seminggu selepas ratusan orang dihanyutkan banjir serupa di utara negara

Rafah dibom selepas bantuan dihantar melalui jeti

RAFAH: Serangan dan pengeboman sengit pada Sabtu menggegarkan bandar Rafah di selatan Gaza kata saksi, ketika tentera Israel mengumumkan 310 palet pertama bantuan kemanusiaan memasuki

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli