ARTIKEL

Israel terus serang Syria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALEPPO: Tentera Syria menangkis peluru berpandu Israel yang dilepaskan di beberapa fasiliti tentera di Aleppo pada Isnin lepas.

Agensi berita Syria, SANA pada Selasa mengutip sumber tentera Syria melaporkan, peluru berpandu itu disasarkan ke tapak tentera di al-Safira, tenggara Aleppo.

AFP melaporkan pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan itu menyebabkan ledakan berbahaya di daerah tersebut. Israel dikatakan melancarkan serangan kedua di timur Syria selepas serangan pertama.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan Israel juga tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan insiden terbabit yang dikatakan serangan kelima Israel ke atas Syria dalam dua minggu terakhir.

Israel melancarkan ratusan serangan ke atas Syria sejak 2011 ketika pecahnya perang saudara melibatkan pemberontak dengan pasukan Presiden Bashar al-Assad.

Sementara, memetik AFP, Menteri Pertahanan Israel Naftali Bennet berkata pihaknya tidak berhenti menyerang Syria selagi tentera Iran tidak keluar dari negara itu.

Bennet berkata, Iran tiada kepentingan di Syria. Dilaporkan 14 tentera Israel terkorban dalam serangan berkenaan.

BERITA LAIN

PM Thailand disahkan positif COVID-19

BANGKOK, Thailand: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, mengesahkan semalam bahawa beliau positif COVID-19. Srettha mengumumkan di akaun rasmi X miliknya bahawa beliau akan mengambil cuti

BERITA TERBARU