ARTIKEL

Israel usir penduduk Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BAITULMAQDIS: Tentera Israel sekali lagi merobohkan sebuah perkampungan Palestin di wilayah selatan Negev di Tebing Barat.

Tentera Israel bertindak menyerbu dan memusnahkan perkampungan itu buat kali ke-216, ahli Jawatankuasa Pertahanan al-Araqib, Aziz al-Touri memberitahu Anadolu.

Al-Touri menegaskan bahawa penduduk kampung bertekad untuk membina semula kediaman mereka sekali lagi, setiap kali dimusnahkan oleh tentera Israel.

Rumah di Al-Araqib yang didiami oleh 22 keluarga Palestin itu diperbuat daripada kayu, plastik dan besi.

Perkampungan itu mula dimusnahkan pada 2010.

Pihak berkuasa Israel mendakwa bahawa tapak perkampungan itu merupakan ‘rizab negara’.

Pihak berkuasa Israel berusaha merampas tanah dan mengusir penduduknya, dengan berpuluhpuluh kampung menghadapi ancaman yang sama di kawasan Negev. – Bernama

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,