ARTIKEL

KUALA LUMPUR, 20 Jun -- Petugas menyampaikan agihan daging korban kepada penerima yang terdiri daripada asnaf dan kakitangan istana pada Majlis Sinar Kasih Aidiladha di Surau Istana Negara hari ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim berkata 10 ekor lembu yang dikorbankan itu adalah kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim manakala tiga lagi sumbangan daripada syarikat pengurusan fasiliti GFM Services Berhad dan kakitangan istana.

Istana negara agih daging korban kepada 1,000 asnaf dan kakitangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 asnaf dan kakitangan Istana Negara menerima agihan daging korban sempena sambutan Aidiladha di Istana Negara di sini, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 10 ekor lembu bagi agihan daging korban tersebut.

Beliau berkata tiga ekor lagi adalah daripada Syarikat Pengurusan Fasiliti GFM Services Berhad dan kakitangan istana yang turut sama melakukan ibadah korban tahun ini.

“Ini merupakan antara korban lembu terbanyak pihak Istana Negara pernah anjurkan sempena Aidiladha, kita amat hargai. Tuanku seorang yang pemurah dan suka menyumbang,” katanya kepada Bernama selepas menyerahkan agihan tersebut. 

Zailani berkata program itu juga diharap dapat meringankan beban keluarga daripada golongan fakir miskin dan asnaf selain mewujudkan keharmonian serta sifat saling membantu. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU