Bertengkar semasa mabuk dengan menuduh suami berlaku curang, sang isteri tega cederakan bahagian alat sulit suaminya dengan merentapnya.
Suami berusia 45 tahun, dibawa ke hospital oleh ambulans selepas dilaporkan kulit alat sulitnya koyak semasa berlaku pertengkaran di rumah mereka di Portet-sur-Garonne dekat Toulouse, Perancis.
Dailymail melaporkan sang isteri ditahan dua hari untuk siasatan lanjut polis.
Bahkan, suaminya juga ditahan polis kerana disyaki melakukan keganasan terhadap isterinya itu.