ARTIKEL

Isteri maut, suami parah kemalangan di Jalan Moyan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

    PADAWAN: Isteri maut di tempat kejadian, manakala suami mengalami cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dilaporkan dilanggar berhampiran lampu isyarat Jalan Moyan, kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, motosikal terbabit ditunggang oleh si suami, 74, manakala isterinya, 55, sebagai pembonceng ketika kejadian berlaku.

    Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan iaitu motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dan sebuah lagi kereta bergerak dari arah sama di Jalan Batu Kawa-Moyan ke lampu isyarat Moyan.

    “Kemalangan berlaku semasa motosikal bergerak lurus menghala ke lampu isyarat Moyan dan tiba-tiba telah dilanggar oleh sebuah kenderaan dari arah belakang di laluan sama.

    “Akibat dari pelanggaran, pemandu tidak mengalami kecederaan manakala pembonceng motosikal yang mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak.

    “Sementara itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kiri dan lebam di bahagian muka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Jelasnya, kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan pemandu kenderaan kemalangan juga ditahan untuk tindakan siasatan lanjut.

    BERITA LAIN

    BERITA TERBARU

    New Delhi catat suhu 52.3 darjah Celsius

    NEW DELHI: Suhu harian di ibu negara India, New Delhi melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa pada Rabu. “Stesen cuaca Mungeshpur di Delhi hari ini

    Bernama menangi anugerah laporan berita terbaik

    KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memenangi Anugerah Media Cetak dan Portal Berita (Laporan Berita Terbaik) pada majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di sini