KUCHING: Seorang wanita maut manakala suaminya parah apabila motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bako, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.45 malam ketika kedua-dua mangsa menuju ke arah Demak Laut.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motokar yang dipandu telah berhenti di atas jalan raya kerana tayar pancit.
“Kenderaan tersebut telah dilanggar oleh motosikal dari arah belakang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, penunggang motosikal, 35, mengalami cedera parah manakala mangsa, 44, meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.