Isteri mohon sumbangan, suami dijangkiti kanser tisu

KUCHING: Seorang lelaki terpaksa menyerahkan tugas menyara keluarga kepada isteri setelah penyakit kanser tisu yang dihadapinya sejak setahun lalu semakin parah menyebabkannya gagal untuk bergerak.

Lebih memeritkan anak kelahiran Sarawak, Rahman Sengang, kini sedang terlantar di hospital Johor Bahru itu memerlukan bantuan bekalan darah AB+ sekali dalam dua minggu.

Menurut anak buahnya, Rahman pada awalnya bersama isteri dan keluarga menetap di Johor bagi mencari peluang pekerjaan untuk menyara empat anaknya.

Beliau seterusnya berhenti bekerja setelah disahkan mengalami penyakit berkenaan pada satu tahun yang lalu, sekaligus menyukarkan badannya itu bergerak seperti biasa.

Kesemua tanggungjawab menyara keluarga kini dipikul oleh isterinya, Latifah Kinai dengan mengambil upah sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah bagi mendapatkan sumber kewangan untuk pembiayaan suami dan juga anak yang bersekolah.

Rahman dan isteri menetap di no 10 Jalan Sebulung Stulang baru 81100, Johor Bahru bersama empat orang anak masing-masing berusia setahun hingga 20 tahun.

Susulan itu, beliau meminta sumbangan ikhlas daripada orang awam yang mempunyai darah jenis AB+ untuk tampil ke hospital berkenaan bagi membantu suaminya mendapat bekalan darah secukupnya.

Orang ramai yang ingin tampil membantu boleh menyumbangnkan sumbangan melalui akaun bank (BSN 0100241000112645) atau meghubungi Latifah Kinai (isteri) di talian 01139274338.

TERDAMPAR… Badan Rahman semakin susut akibat sakit kanser tisu yang dialami

Suara Sarawak