ARTIKEL

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kanan), menunjukan gambar suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi tadi.

Isteri pengawal peribadi tak sangka suami ditembak pada bulan Syawal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: “Terkejut dan tidak sangka perkara begini berlaku pada bulan Syawal,” demikian luah isteri kepada pengawal peribadi yang parah ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi tadi.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Siti Noraida, 28, itu berkata sejurus selepas menerima maklumat berkenaan kejadian sekitar pukul 2 pagi itu, beliau terus bergegas ke Hospital Cyberjaya untuk melihat suaminya yang sedang menerima rawatan.

“Pihak hospital memaklumkan keadaan suami saya ketika ini kritikal dan perlu ditidurkan.

”Saya juga diberitahu ada pendarahan teruk dan waktu tiba di hospital dia sesak nafas, tapi tiada organ penting yang kena (tembakan),” katanya kepada BERNAMA.

Suri rumah sepenuh masa itu berkata suaminya ditugaskan sebagai pengawal peribadi secara sambilan sebelum Ramadan lepas.

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi tadi melibatkan seorang suspek lelaki yang telah dikenal pasti identitinya dan dipercayai telah melarikan diri ke utara.

Beliau berkata kejadian itu bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan. – BERNAMA

Pihak Polis Diraja Malaysia mengetatkan lagi kawalan keselamatan di KLIA berikutan kes tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi tadi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.