ARTIKEL

BERCAKAP… Chong bercakap pada sidang media berhubung isu keretakan deretan bangunan kedai di Lorong Datuk Tawi Sli Batu 3 1/2, Jalan Penrissen, di Ibu Pejabat DAP Sarawak, dekat sini, hari ini.

Isu bangunan kedai retak perlu diambil tindakan segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) digesa untuk mengambil tindakan segera berhubung isu deretan bangunan kedai di Lorong Datuk Tawi Sli Batu 3 1/2, Jalan Penrissen, dekat sini, yang mengalami keretakan.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata, perkara tersebut penting untuk memastikan keselamatan pengguna dan orang awam di kawasan bangunan terjamin.

Katanya, perkara tersebut perlu dilaksanakan kerana kesemua pemilik kedai melibatkan Lot 1603 hingga 1611 Blok 218 KNLD telah meminta perunding jurutera untuk menjalankan Penilaian Integriti Bangunan.

“Susulan penilaian yang telah dilaksanakan Disember tahun lalu, memang didapati bahawa ada struktur atau bahagian tertentu bangunan retak termasuk lantai sekali gus tidak selamat untuk digunakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak, di sini, hari ini.

SERIUS… Chong serius menunjukkan gambar keadaan bangunan kedai yang retak.

Tambahnya, masalah tersebut sudah lama membelenggu pemilik bangunan kedai berkenaan dan mereka juga telah memajukan permasalahan ini kepada MPP.

“Laporan hasil penilaian sudah diserahkan kepada MPP dan sehingga kini kita masih menunggu tindakan susulan mereka.

“Justeru, saya menyeru MPP untuk mengambil tindakan segera bagi membantu pemilik kedai menyelesaikan masalah melibatkan struktur bangunan berkenaan,” ujarnya.

Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin itu memaklumkan bahawa, MPP merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa di bawah Ordinan Bangunan Sarawak (SBO) 1994.

“Ekoran itu, MPP sememangnya berkuasa di bawah SBO 1994 termasuk mengeluarkan notis kepada pemilik bangunan sama ada dalam hal kerja baik pulih atau arahan merobohkan bangunan,” tegasnya.

Untuk rekod, bangunan berkenaan mempunyai 11 lot kedai secara keseluruhan.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri