ARTIKEL

Anwar Ibrahim (tengah) melancarkan Kerangka Kerja Keadilan Menang Siri PRU16 (KEMAS16) dan Pemerkasaan Organisasi Parti 25 Tahun (POP25) sempena Konvensyen 25 Tahun PRK di IDCC hari ini, disaksikan oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli (kiri), dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan).

Isu Digital Nasional Bhd diputuskan minggu depan – Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM, Selangor: Isu berhubung dakwaan bahawa Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman akan diputuskan kerajaan pada minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tanpa memaklumkan butiran lanjut, beliau berkata isu berkenaan akan dibincangkan dalam satu mesyuarat nanti.

“DNB akan diputuskan minggu depan, akan ada satu mesyuarat mengenainya,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini.

Semalam, DNB dalam kenyataan dengan tegas menafikan dakwaan bahawa ia bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.

Syarikat itu menekankan bahawa proses tender dan perolehan pihaknya adalah mengikut struktur piawaian tadbir urus dan amalan terbaik yang paling ketat.

DNB menyatakan demikian bagi menjelaskan beberapa dakwaan mengelirukan yang dibuat oleh Channel News Asia (CNA) dalam sebuah artikel bertajuk ‘Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator’ yang diterbitkan pada 19 April lepas, dan kemudiannya dilaporkan oleh beberapa media lain. – BERNAMA

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA