Trending

Isu eskalator, bukan bidang kuasa MBKS

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERCAKAP…Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng

KUCHING: Eskalator yang terletak di hadapan Pusat Perubatan Timberland (TMC) merupakan tanggungjawab di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR), bukannya Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), kata Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng.

Katanya, jambatan tersebut masih di bawah kendalian JKR, memandangkan setakat ini tiada sebarang sesi penyerahan membabitkan kedua-dua pihak (JKR dan MBKS) dilaksanakan.

“JKR tidak menyerahkan jambatan itu kepada kami (MBKS) jadi kami tidak dapat menyelenggarakannya.

“MBKS telah menyatakan perkara itu sebelum ini dengan bahasa yang lebih mudah pun mereka tidak faham jadi pihak kita pun tidak tahu bagaimana untuk memperjelaskannya lagi.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan segelintir pihak yang menyalahkan MBKS berikutan eskalator terbabit tidak berfungsi sejak setahun yang lalu, ketika ditemui pemberita di MBKS hari ini.

Beliau dalam pada itu menegaskan, pihak yang memperbesarkan isu tersebut perlu mengkaji terlebih dahulu latar belakang isu supaya tidak menjejaskan nama mana-mana pihak.

Tambahnya, lebih baik sekiranya pihak yang menyatakan aduan turun membantu sendiri menyelesaikan perkara berkenaan daripada menuding jari ke atas pihak yang salah.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu MBKS mempunyai saluran tersendiri untuk menerima sebarang maklum balas terhadap mana-mana isu yang berlaku di kawasan mereka.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol