ARTIKEL

Isu fitnah terhadap Dr Wan Azizah, Ratu Naga beri keterangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Penyedia kandungan media sosial Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai ‘Ratu Naga’ memberi keterangan kepada polis semalam berkaitan hantaran dimuat naiknya didakwa berbaur fitnah terhadap isteri perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Syarul Ema Rena memberi keterangan berkaitan hantaran menerusi laman Instagram dan TikTok itu di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman pada 10 pagi dan selesai memberi keterangan kira-kira 12.45 tengah hari bersama peguamnya Zaid Malek.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan kehadiran Syarul Ema Rena di Bukit Aman semalam.

“Percakapan beliau (Ratu Naga) diambil hari ini… 33 soalan ditanya, namun beliau tidak menjawab. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan kad sim,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 22 Okt lepas, PKR Bandar Tun Razak membuat laporan polis terhadap tiga pengguna media sosial yang didakwa memuat naik hantaran berbaur fitnah terhadap Dr Wan Azizah, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. -BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim