ARTIKEL

Isu kandungan berkaitan Palestin diturunkan: Fahmi jumpa wakil TikTok, Meta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan wakil penyedia platform media sosial TikTok dan syarikat konglomerat Meta bagi membincangkan isu melibatkan kawal selia kandungan.

Fahmi menerusi hantaran Facebooknya memaklumkan antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu ialah isu kandungan berkaitan Palestin yang diturunkan daripada TikTok, kegiatan judi dalam talian dan strategi coordinated inauthentic behaviour (CIB – tingkah laku tidak tulen terselaras) dalam platform itu.

“Dalam perbincangan itu beberapa aduan dan isu utama melibatkan dua platform telah saya bangkitkan dan minta TikTok serta Meta untuk mengambil tindakan segera. TikTok dan Meta beri komitmen untuk beri kerjasama lebih rapat dan erat untuk selesaikan isu-isu yang berbangkit,” katanya.

Sebelum ini, Fahmi mendedahkan terdapat bukti dan aduan pengguna bahawa penyedia platform media sosial TikTok secara sistematik menurunkan kandungan berkaitan konflik Palestin-Israel dari Malaysia.

Susulan itu, beliau mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membuat teguran keras kepada TikTok dan Meta selain mengaturkan pertemuan dengan penyedia platfrom media sosial itu untuk berbincang mengenai isu berkenaan.

— BERNAMA 

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU