Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Isu keciciran murid perlu diberi perhatian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Jacqueline Martin

 

Jacqueline Martin

KUCHING : Kira-kira 60 peratus pelajar yang tercicir terdiri dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah, kata Setiausaha Pameran Pendidikan Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) Jacqueline Martin.

Beliau berkata, statistik itu berdasarkan data yang dikeluarkan Institut Hal Ehwal Ekonomi dan Demokrasi Malaysia (IDEAS) pada 2017.

Menurutnya, antara faktor yang memberi impak terhadap proses pendidikan anak adalah pendapatan keluarga yang rendah.

Disebabkan itu, ibu bapa lebih mengutamakan peruntukan kewangan untuk keperluan asas bagi menjamin kelangsungan hidup.

Sejak 2012 katanya, kerajaan telah melaksanakan dasar pendidikan percuma kepada semua warganegara dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah.

“Faktor keciciran murid ini juga boleh dianalisis dari aspek sosioekonomi lain seperti pekerjaan dan tahap pendidikan ibu bapa, budaya, persekitaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas serta pengaruh rakan sebaya,” katanya.

Jacqueline menambah, anjakan paradigma PdP berasaskan teknologi maklumat dan teknologi digital berupaya menarik minat murid untuk meneroka ilmu dengan lebih mendalam.

“Justeru, bagi menangani isu keciciran murid-murid ini, terdapat beberapa pendekatan dan cadangan yang wajar untuk dipertimbangkan,” ujarnya.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang