ARTIKEL

Isu kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu, biar speaker putuskan – PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul untuk memutuskan mengenai isu kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang telah terhenti keahlian mereka serta-merta.


“Soal enam kerusi (Ahli Parlimen) Bersatu itu dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat. Biar Speaker yang putuskan,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, di sini hari ini.


Semalam, Ketua Whip Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam kenyataan memaklumkan notis pemakluman kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang terhenti keahliannya secara serta-merta telah diserah dan diterima pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.


Ia membabitkan kerusi Parlimen Jeli dan Gua Musang (Kelantan), Bukit Gantang dan Kuala Kangsar (Perak), Tanjong Karang (Selangor) dan Labuan (Wilayah Persekutuan).


– Bernama

BERITA LAIN

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap dengan penuh tawaduk dan akan berusaha mengukuhkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan. Presidennya,

BERITA TERBARU