ARTIKEL

Isu kesesakan trafik Batu 6, 7 dan 10: JKR arah kontraktor tambah baik pelan pengurusan trafik.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah mengarahkan pihak kontraktor untuk menilai semula dan menambah baik Pelan Pengurusan Trafik bagi mengurangkan kesesakan trafik di sekitar persimpangan Batu 7.

Menurut Unit Lebuhraya Pan Borneo (LPB) JKR Sarawak, antaranya adalah pihak kontraktor telah diarahkan untuk memohon bantuan daripada polis trafik bagi mengawal lalu lintas terutamanya pada waktu puncak.

“Selain itu juga, pihak kontraktor juga telah mewujudkan pasukan trafik bergerak untuk
mengawal selia keadaan trafik dari semasa ke semasa setiap hari di sekitar kawasan pembinaan yang terlibat.

“Malah, baru-baru ini pihak kontraktor menyediakan satu lagi lorong tambahan berhadapan ‘Borneo Museum House’ di Batu 7, Kota Sentosa yang sebelum ini hanya satu lorong,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah kenyataan itu, melalui pemantauan yang dilakukan oleh pasukan pengurusan trafik oleh pihak kontraktor, semenjak penambahan lorong berkenaan keadaan trafik bertambah sedikit lancar daripada sebelumnya.

Kenyataan tersebut adalah respons kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dan orang awam berhubung kesesakan trafik di Batu 6, Batu 7 dan Batu 10 akibat kerja-kerja pembinaan LPB Sarawak.

JKR Sarawak juga mengingatkan pihak kontraktor untuk segera melakukan kerja-kerja pembinaan dan dalam pada masa yang sama mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Orang awam juga boleh menyampaikan aduan atau mengikuti perkembangan semasa berkaitan projek LPB dengan menghubungi Unit LPB Borneo JKR Sarawak di talian 082-230879 atau melalui akaun media sosial Facebook: Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak; Instagram: Unit Lebuhraya Pan Borneo JKRS; YouTube: Pan Borneo Highwaay Unit, JKR Sarawak atau melalui email: pbhuccomm@gmail.com.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha