ARTIKEL

Chiew akan membantu BBP Lutong untuk selesaikan permasalahan yang diketengahkan

Isu kurang anggota, jentera bomba dibawa ke sidang Parlimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Usul kekurangan anggota bomba dan jentera di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong akan dibawa ke sidang Parlimen dan kementerian berkaitan, kata Ahli Parlimen Miri, Chiew Soon Man.

Menurut Chiew, permohonan yang dikemukakan oleh Ketua BBP Lutong, PBT II Henry Jugah ada menyatakan pihaknya menghadapi kekurangan keanggotaan, peralatan serta kelengkapan.

“Saya akan membantu pihak bomba di BBP Lutong untuk menyuarakan masalah kekurangan anggota di balai ini.

“Di samping itu, saya akan meminta kementerian berkaitan untuk menambahkan anggota di BBP Lutong bagi melancarkan segala khidmat kepada masyarakat,” katanya.

Chiew berkata demikian pada Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertempat di bay BBP Lutong.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU