ARTIKEL

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Isu laksa Sarawak tular, rakyat diminta jangan terlalu sensitif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol menyeru orang ramai khususnya warga tempatan tidak mengamalkan sikap sensitif dengan penerimaan pengunjung terhadap makanan tradisional di negeri ini.

Sebaliknya, mereka perlu memberi sokongan agar pengunjung luar mencuba atau meneroka lebih luas tentang budaya dan adat resam terutama melibatkan jenis makanan tradisional yang terdapat di Sarawak.

“Sekiranya ada orang (pengunjung) yang datang dan mencuba makanan kita dan merasakan ia pelik, saya rasa bukan niat dia nak mengeji, tapi kita yang bertindak terlalu sensitif kadang-kadang.

“Mari buktikan yang kita, rakyat Sarawak tidak begitu sensitif, tapi menyambut baik semua orang datang.

“Biar mereka mengembara, kalau kali pertama dia rasa Laksa Sarawak itu pelik, mungkin dia boleh merasai makanan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas video tular di laman Tiktok membabitkan wanita dipercayai pengunjung luar yang dilihat menutup hidung ketika cuba menikmati laksa Sarawak di pusat beli-belah di Kuching baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Abdullah menegaskan isu terbabit hanyalah perkara kecil dan tidak perlu diperbesar.

“Mungkin dia tidak biasa, saya dulu pun tidak biasa makan makanan orang putih.

“Saya rasa kita tak perlu terlalu emosi tentang itu,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Dewan Jubli Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau meminta agar masyarakat atau medi mengetengahkan lebih banyak maklumat berkaitan khususnya tentang makanan tradisional di Sarawak secara lebih terbuka.

“Kita sebagai warga media pada masa sama boleh bercerita sedikit tentang perkara itu (makanan tradisional) tapi secara santai, jangan paparkan sesuatu yang menimbulkan buruk sangka.

“Dengan erti kata lain, marilah kita sama-sama bertanggungjawab, masing-masing ada selera masing-masing. Kalau tidak suka tidak apa, cuba benda lain,” ujarnya.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Miss Stellar World Malaysia Borneo 30 Jun ini

Mrs Global Asian 2023, Kimi Tomas menjemput orang ramai untuk menghadiri Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024 (MSWM) Final di Grand Riverine Ballroom, Kuching pada

Perbincangan meja bulat

MESYUARAT Lembaga Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas) kali ke-23 berjaya diadakan di Bilik Seminar Mulu, Raia Hotel, Kuching, pada 5 Jun lalu. Mesyuarat dipengerusikan