Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Isu pembatalan Ordinan Darurat: GPS sokong sistem raja berperlembagaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendukung penuh sistem raja berpelembagaan, tegas Setiausaha Agungnya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurut Ahli Parlimen Kapit itu, kestabilan politik amat diperlukan dalam keadaan negara sedang berdepan krisis pandemik Covid-19 dan berusaha memulihkan ekonomi negara.

“Kita perlu fokus ke arah menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan dan
kesihatan rakyat serta pemulihan ekonomi.

“Justeru, marilah kita bersama-sama berdoa agar kemelut politik yang melanda negara berakhir segera dan bebas daripada krisis Covid-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana ia belum diperkenankan baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata, ia bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara, malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baca lain  Budaya membaca seiring era digital

Sementara Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa semua tindakan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat adalah teratur dan selaras dengan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

4 JUN 2023

Berita Terbaru