ARTIKEL

Isu penderaan di taska: polis sahkan mangsa digigit kanak-kanak seusia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA :Kecederaan seorang kanak-kanak yang dilaporkan digigit di sebuah  taska di sini adalah selari dengan kesan gigitan kanak-kanak seusia.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata perkara itu telah disahkan pegawai perubatan setelah kanak-kanak tersebut dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat seorang wanita berhubung beberapa kesan gigitan di tangan anaknya semasa dihantar ke taska berkenaan pada 10.26 malam, 5 Jan lepas.

Sehubungan itu, katanya satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan semakan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati taska tersebut berdaftar dan mempunyai lesen sah.

“Pada mulanya kedua-dua pihak bersetuju untuk tuntutan ganti rugi terhadap kejadian, namun begitu sehingga kini tiada penyelesaian dapat dibuat oleh kedua-dua pihak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, tular hantaran artikel bergambar yang dimuat naik menerusi akaun Facebook “EL Ameerah” berkaitan kecederaan yang dialami kanak-kanak perempuan berusia satu tahun semasa berada di sebuah taska.

Media turut melaporkan ibu kanak-kanak itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap taska tersebut yang didakwa mengabaikan anaknya yang ditinggalkan bersama beberapa orang kanak-kanak lain di sebuah bilik tanpa pengawasan.

A. Asmadi turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan tidak menularkan artikel tersebut kerana ia boleh mendatangkan ketidakharmonian serta mengganggu siasatan polis.-BERNAMA

BERITA LAIN

Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo

KOTA KINABALU: Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo dan 81 daripada spesies berkenaan ialah endemik, kata Timbalan Ketua Konservator (Penyelidikan dan Pembangunan) Dr Arthur Y.C

BERITA TERBARU

Saingan satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL: Seberang Perai, Pulau Pinang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan