ARTIKEL

Isu stoking kalimah Allah: Ketua Polis Negara ingatkan jangan ambil tindakan sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan menyalahi undang-undang berhubung kes stoking tertera kalimah Allah.

Beliau berkata, semua pihak perlu mematuhi undang-undang negara dan menyerahkan kepada pihak polis menjalankan tugas dan tidak bertindak mengikut perasaan.
“Beri peluang pada kita (polis), tidak perlu lagi ada yang tidak berpuas hati dengan mengambil tindakan sendiri untuk membakar atau membaling molotov cocktail kepada KK Mart… tak perlu. 

“Malaysia ada undang-undang, jadi kita perlu patuh pada undang-undang,” katanya berhubung satu kejadian molotov cocktail dilempar ke sebuah kedai serbaneka KK Mart di Bidor.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Razarudin, pihak polis sentiasa memantau media sosial agar isu perkauman tidak lagi dimainkan.

Terdahulu, Razarudin memakaikan lencana pangkat CP kepada Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa yang dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Rusdi menggantikan Datuk Allaudeen Abdul Majid yang bersara wajib hari ini setelah berkhidmat selama 38 tahun sembilan bulan sejak 1 Julai 1985. – Bernama

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU