ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Isu stoking kalimah Allah: Beri kepercayaan pihak berkuasa jalankan siasatan — Mohd Na’im

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar meminta umat Islam di negara ini bertenang dan memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa menyiasat isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai serbaneka KK Mart.

Beliau berkata pihak polis, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca, pihak yang bertanggungjawab selain niat di sebalik perbuatan itu.

“Kita berada dalam bulan Ramadan, ada yang menyatakan jangan terlampau sensitif dengan isu Allah letak di stoking tetapi ini tidak boleh (dibiarkan).

“Allah ini satu kalimah yang sangat tinggi di mata orang Islam. Allah ialah pencipta kita dan perbuatan meletakkan Allah di kaki adalah satu penghinaan yang tidak boleh kita remehkan,” katanya.

Beliau berkata walaupun pihaknya sudah menerima surat permohonan maaf daripada KK Mart, Jakim diarah memanggil wakil pengurusan syarikat itu untuk berbincang dan membantu siasatan bagi memastikan insiden khianat sedemikian tidak berulang.

Baca lain  Konvensyen Persekutuan Ejen Pelancongan India di BCCK September ini

“Perkara sensitif susah nak dimaafkan. Diharap KK Mart dan pemborong serta penjual lain harus mengambil iktibar. Ia sangat sensitif, kena beri ruang kepada umat Islam (untuk memaafkan perbuatan ini),” katanya.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh