Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Isu tanah punca lewat bina sekolah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam usaha memastikan pembinaan bangunan sekolah daif dapat dilaksanakan dengan cepat termasuk menjalankan pemutihan hak milik tanah.

Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, isu tanah tersebut salah satu punca yang dikenal pasti selepas mereka memantau dan melihat kelewatan pembinaan bangunan sekolah daif.

“Sebab itu dalam perjumpaan dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam (25 Oktober), kami berbincang bagaimanakah kita dapat memastikan semua tanah yang menjadi tapak sekolah di Sarawak dan seluruh nagara ini diputihkan.

“Sejak saya masuk KPM, isu ini yang kita ingin selesaikan kerana kalau tanah itu bukan milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) maka bangunan tidak boleh dibina di atas tanah tersebut.

“Jadi, ia akan melewatkan proses pembinaan bangunan sekolah daif. “Jika isu ini selesai prosesnya akan lebih cepat dan teratur,” katanya pada sidang media selepas melawat SMK Bandar Samariang, di sini, pada Selasa.

Tambahnya, data berhubung dengan bangunan sekolah daif tidak statik dan berubah dari semasa ke semasa. Menjelas lanjut kata Radzi, semua pihak perlu memahami bahawa isu berkaitan dengan sekolah daif ini merupakan perkara yang berlarutan sekian lama.

“Kerana terdapat perbezaan nyata, setengah sekolah bangunannya bangunan lama. Jadi, ada sekolah yang mempunyai bangunan baharu dan ada yang lama.

“Apa yang ditetapkan sebelum ini bangunan yang ditakrifkan sebagai skala 7 – JKR melihat keadaan bangunan tersebut dan mengesahkan ia tidak selamat. “Itulah bangunan yang akan kita beri keutamaan.

“Kemudian apabila sudah selesai bangunan skala 7 ini, kita akan melihat bangunan skala 6 – pihak teknikal JPN memaklumkan atau menetapkan bahawa bangunan itu tidak selamat. Jadi kita ikut keutamaan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru