ARTIKEL

Isuzu D-Max 2024 kini di pasaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Isuzu D-Max terbaharu kini di pasaran dengan penampilannya yang dipertingkatan, termasuk aliran udara untuk memastikan kecekapan aerodinamik, sekali gus menjadikannya lebih jimat bahan api.

Di Sarawak, harga bagi Isuzu D-Max baharu ini ditawarkan harga bermula RM101.270.30 bagi varian 1.9 liter Single Cab, sementara andalan X-Terrain dijual dengan harga RM160,061.10 tidak termasuk insurans.

Untuk berkongsi pengalaman dengan bakal pembeli, Isuzu Malaysia turut mengadakan pelancarannya di seluruh negara semua cawangan pengedarnya, dengan menawarkan pandu uji fizikal atau Realiti maya (VR) bagi Isuzu D-Max X-Terrain bermula 15 Mei hingga 30 Jun 2024, selain peluang memenangi hadiah eksklusif.

Sejak pengenalannya pada 2021, Isuzu D-Max generasi ketiga menerapkan terma ‘Ryoga’ iaitu istilah bahasa Jepun yang bermaksud ‘mengatasi yang lain dan mencapai keagungan’.

Dengan sekitar 340,000 unit terjual di seluruh dunia, Isuzu D-Max menjadi sebuah trak pikap paling pesat perkembangannya, yang disumbangkan oleh reka bentuk mengagumkan, ciri-ciri cemerlang serta aspek keselamatan canggih.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, model baharu Isuzu D-Max 2024 bukan sahaja didatangkan dengan unsur rekaan tetapi turut menampilkan pelbagai ciri tambahan yang membolehkannya kekal relevan di dalam segmennya.

“Sejak diperkenalkan, Isuzu D-Max generasi ketiga mendapat sambutan menggalakan, sekali gus mengimbangkan kekuatan teras Isuzu yang ada sejak dahulu dengan kemajuan teknologi serta aspek pembuatan teliti.

“Model baharu ini meletakkan D-Max satu tahap lebih tinggi dan memberikan pengalaman pemilikan trak pikap yang lebih baik kepada pelanggan,” ujar Okazoe dalam satu kenyataan semalam sempena pelancaran Isuzu D-Max 2024.

Beliau berkata Isuzu D-Max 2024 menampilkan bukan sekadar perubahan kosmetik luaran, tetapi juga beberapa pembaharuan terutama bahagian depan dan belakang yang membawa perbezaan ketara.

Begitu juga dengan rekaan rim dan juga ruang dalaman yang turut diberi perhatian khusus untuk menyuntik kesegaran baharu.

Keseluruhan bahagian depannya menerima sentuhan baharu termasuk kluster lampu utama, bampar, gril dan juga bonet.

Semua ini menjadi tumpuan untuk membolehkan Isuzu D-Max 2024 baharu tampil lebih menawan dengan aspek aerodinamik yang lebih baik.

Rekaan rim aloi baharu yang bergaya, rekaan pintu ruangan kargo di belakang yang baharu (dapat dikunci untuk X-Terrain), serta gabungan rekaan lampu belakang yang menarik menyumbang kepada penyerlahan gaya terkini Isuzu D-Max.

“Di bahagian dalam, Isuzu D-Max baharu menerima beberapa kemas kini dengan varian X-Terrain yang paling tinggi kini dilengkapi dengan Isuzu D-Max 2024 sistem infotainmen 10-inci, kerusi balutan kulit baharu, unsur rekaan klasik origami Miura Jepun serta lampu ambien.

“Varian andalan X-Terrain terbukti menjadi antara trak paling selamat dalam pasaran dengan kelengkapan penuh ciri Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) yang digabungkan dengan penarafan lima bintang ASEAN NCAP,” ujarnya.

Model ini turut menawarkan ciri kamera stereo baharu generasi keempat yang diperluaskan pandangannya kepada 120 darjah.

Ia bagi membolehkan sistem untuk mengesan dan mengenal pasti jumlah objek termasuk pejalan kaki kanak-kanak serta memberikan tindak balas lebih tepat dan pantas.

Di samping itu, aspek pemanduan juga diberikan tambahan ciri baharu ‘Rough Terrain Mode’ untuk semua model 4×4 Double Cab.

Dengan mengaktifkan mod berkenaan, sama ada dalam pacuan 2H, 4H atau 4L, cengkaman dipertingkat dengan sistem menguruskan agihan kuasa secara langsung.

Ciri ini meningkatkan keyakinan mereka yang tidak begitu arif dengan pemanduan di luar jalan raya (off road).

Sementara Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia Kenkichi Sogo, berkata bagi manfaat pemilikan Isuzu D-Max lebih dekat kepada pelanggan, Isuzu Malaysia kini turut memulakan platform digital baharu untuk memudahkan pengalaman pembelian pelanggan.

Langkah itu termasuk proses permulaan yang membolehkan pelanggan memanfaatkan teknologi VR untuk mengenali ciri dan kelebihan kenderaan tanpa perlu melangkah masuk ke dalamnya.

“Kami percaya pelanggan mengenali lebih banyak lagi dengan memanfaatkan teknologi digital semasa,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak merambu numbuh kaunsil padi berau

BINTANGOR: Sarawak merambu numbuhka kaunsil padi berau kediri nentuka pemansang komoditit nya ulih dipejalai berurun agi. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah Sarawak, Datuk

Asil dagang nambah 23.8 peratus

BANDAR SERI BEGAWAN: Penyampau dagang entara Sarawak enggau Brunei Darussalam nambah 23.8 peratus, manggai RM3.76 bilion ba taun 2023. Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Awang