ARTIKEL

Itali isytihar darurat, kebanjiran migran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ATHENS: Itali pada Selasa mengisytiharkan darurat selama enam bulan bagi menangani lonjakan kebanjiran pendatang asing yang tiba di negara itu melalui Laut Mediterranean, lapor media tempatan.

Kerajaan meluluskan langkah itu susulan cadangan oleh Menteri Perlindungan Awam Nello Musumeci, menurut Agensi Anadolu memetik agensi berita ANSA.

“Masalah tidak akan selesai selagi tiada campur tangan dan tanggungjawab oleh Kesatuan Eropah,” kata Musumeci.

Dalam tempoh darurat ini, prosedur dan tindakan yang lebih pantas dilaksanakan untuk menawarkan penyelesaian penerimaan pendatang dalam tempoh masa yang singkat dengan piawaian standard.

Sementara itu, Perdana Menteri Giorgia Meloni berkata keputusan itu bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih berkesan dan tepat pada masanya terhadap pengurusan aliran pendatang.

Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, Itali menyaksikan peningkatan ketara kemasukan pendatang dan pelarian yang mendarat di pantai selatannya dari Afrika Utara dengan lebih 3,000 orang tiba sejak tiga hari lepas. – Bernama 

BERITA LAIN

Kisah tragis di sebalik Menara Maiden

BAKU (Azerbaijan): Dalam imaginasi pujangga serta penulis lakon Azerbaijan, Menara Maiden (Maiden Tower), atau Qiz Qalasi, tersohor dengan legenda seorang puteri yang dikurung di dalam

New Delhi catat suhu 52.3 darjah Celsius

NEW DELHI: Suhu harian di ibu negara India, New Delhi melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa pada Rabu. “Stesen cuaca Mungeshpur di Delhi hari ini

Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama

BEIJING, China: Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa lepas, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA). Tiga

BERITA TERBARU

Senari Synergy terima dua anugerah berprestij

BINTULU: Senari Synergy Sdn Bhd memperoleh dua anugerah berprestij daripada BrandLaureate Yayasan Jenama Dunia pada majlis makan malam gala Anugerah BrandLaureate. Syarikat itu menerima anugerah