ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Itali, Perancis dan Greece ketuai misi EU di Laut Merah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BUDAPEST: Menteri Luar Hungary Peter Szijjarto pada Isnin mengumumkan misi tentera laut Kesatuan Eropah (EU) yang bertujuan melindungi pelayaran di Laut Merah dan misi itu akan diketuai oleh Itali, Perancis dan Greece.

Terdahulu pada Isnin, Menteri Luar Itali Antonio Tajani berkata EU meluluskan pelancaran operasi ketenteraan Aspides, dengan Itali bersedia mengambil alih pasukan itu, lapor Sputnik.

“Hari ini, kami melancarkan misi maritim EU (digelar Aspides) … Ia akan diketuai oleh Greece, Itali dan Perancis… bajet dihadkan kepada €8 juta (US$8.6 juta) untuk tahun pertama,” Szijjarto memberitahu wartawan Hungary selepas Majlis Hal Ehwal Luar EU.

Hungary menyokong pelancaran operasi itu dan mengharapkan Amerika Syarikat dan United Kingdom akan bekerjasama rapat dengan negara-negara EU semasa misi itu dilaksanakan, katanya.

Szijjarto juga mencadangkan sebahagian daripada dana daripada Kemudahan Keamanan Eropah digunakan bagi mengukuhkan perlindungan di pantai Yaman. – BERNAMA

BERITA LAIN

PM Thailand sambut Songkran di Hua Hin

BANGKOK, Thailand: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, semalam menyambut Songkran atau Tahun Baharu Thai di Hua Hin, bahagian utara negara ini. Dalam hantarannya di platform X,

Darwin Nunez ‘hilang arah’ di Liverpool

KEUPAYAAN penyerang Liverpool, Darwin Nunez, selalu dibahaskan di Anfield tetapi beliau sering bejaya menghasilkan jaringan bagi kelab Merseyside itu. Ketika membahaskan kekalahan 3-0 Liverpool di

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap