ARTIKEL

Itu bukan kereta saya – Haqiem Rusli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Gara-gara bergambar dengan kereta jenama Range Rover, ramai peminat menyangka kenderaan itu merupakan kereta baharu milik penyanyi Haqiem Rusli.

Menjelaskan situasi sebenar, Haqiem, 21, berkata kereta berwarna putih itu bukan miliknya sebaliknya kepunyaan seorang teman.

Dia berkata hanya bergambar dengan kereta itu kerana tertarik. Khamis lalu, penyanyi Haqiem

Rusli memuat naik gambar dengan sebuah kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) di laman Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen, Haqiem seperti memberi bayangan bahawa kenderaan itu adalah miliknya dan mengajak peminat keluar bersama.

“Free tonight?” tulisnya.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian Haqiem memadam kapsyen tersebut.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tergantung Sepi ini berkata dia sengaja memadam kapsyen dan tidak membalas komen ucapan tahniah dihantar peminat.

Ini kerana dia tidak mahu memanjangkan cerita dan sekadar ingin mengusik pengikutnya di Instagram.

“Saya anggap ucapan tahniah itu mendoakan supaya suatu hari nanti impian saya untuk memiliki kereta itu termakbul,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Haqiem kini sibuk dalam rangka promosi single terbaharunya berjudul Lembah Kesepian.

Video muzik yang dimuat naik di Youtube 14 Jun lalu menerima lebih satu juta tontonan setelah dilancarkan.

BERITA LAIN

ISLAM bawa erti KEAMANAN

Islam membawa erti sejahtera sebagaimana sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Muslim itu ialah mereka yang membuat Muslim lain selamat daripada kejahatan lidahnya dan tangannya“. (maksud

LAPOR KES PENIPUAN WALAUPUN KECIL

TIDAK dinafi kan kes penipuan dalam talian semakin ‘mengganas’ ekoran laporan kes semakin meningkat setiap tahun. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan