ARTIKEL

J.PRO Badminton Academy muncul juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PASUKAN J.PRO Badminton Academy muncul juara dalam Kejohanan Badminton Rocket Inter-Team yang berlangsung di Dewan Badminton Stapok, Kuching semalam.

Juara bagi kejohanan tersebut membawa pulang wang tunai RM5,000 bersama piala, pingat dan baucar.

Sementara, One Seven One Seven Enterprise berpuas hati di tempat kedua membawa pulang wang tunai RM3,000, piala, pingat dan baucar.

CKBC – MAXGLOW dan Persatuan Badminton Sarawak Bumiputra Sarawak berkongsi tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Dianjurkan oleh Persatuan Badminton Kuching (KBA) dan disokong oleh Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen yang turut menyampaikan hadiah kemenangan tersebut bersama Presiden Persatuan Badminton Kuching Ong Kong Swee.

Chieng Jen dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada pemenangan dan menyeru peserta untuk menghargai pengalaman berbanding kemenangan.

Katanya, menang dan kalah bukanlah keutamaan, sebaliknya ia adalah peluang untuk bersaing dan bermain dalam suasana yang lebih serius.

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU