ARTIKEL

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, berucap pada Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 di BCCK, hari ini. - Foto: RAMIDI SUBARI

Jabatan Audit Negara dalam proses meminda Akta Audit 1957 [Akta 62], mantapkan tatakelola pengurusan wang awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Audit Negara (JAN) kini sedang dalam proses meminda Akta Audit 1957 [Akta 62] yang melibatkan pewujudan peruntukan baharu serta pindaan terhadap beberapa peruntukan sedia ada.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, berkata JAN dalam usaha memastikan pengauditan dapat dilaksanakan secara bebas dan seiring dengan perkembangan terkini.

“Antara lain, pindaan itu akan memberi ruang kepada Ketua Audit Negara untuk menyusul tindakan penambahbaikan oleh kementerian, jabatan dan agensi dalam usaha
memantapkan tatakelola pengurusan wang awam.

“Selain itu, pendekatan baharu ‘follow the public money’ akan memastikan wang awam disusuri dengan lebih berkesan, bagi menentukan ia dibelanjakan atau digunakan untuk mencapai objektif yang ditetapkan, serta diurus dengan teratur.

“Pengauditan pengurusan syarikat kerajaan juga akan diperluas dan diberi penekanan yang lebih mendalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini yang menghimpunkan kira-kira 800 juruaudit dari sektor awam dan swasta seluruh negara.

Persidangan itu disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.

Dalam pada itu, Wan Suraya berkata pada tahun ini, JAN akan mengeluarkan pensijilan bagi 476 Penyata Kewangan.

Tambahnya, ia termasuk menerbitkan tiga Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang melibatkan pengauditan prestasi program atau aktiviti kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, pengauditan pengurusan syarikat kerajaan serta pengauditan penyata kewangan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Di samping itu, beliau berkata JAN juga mengambil inisatif untuk meningkatkan kecekapan proses pengauditan melalui pendigitalan, seiring dengan perkembangan teknologi.

Wan Suraya berkata Pendigitalan Perkhidmatan JAN disasarkan bermula pada Jun 2025.

“Dengan adanya sistem pendigitalan baharu ini, pengauditan JAN diharap akan dapat dilaksanakan dengan lebih telus dan komprehensif melalui ‘big data analytics’,” katanya.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU