Jabatan Hutan Sarawak (JHS), pelopori pengurusan hutan mapan

KUCHING: Pengurusan hutan yang berintegriti amat dititikberatkan bagi mengekalkan keseimbangan eko-sistem hutan.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip berkata, pengurusan hutan yang mapan dipelopori oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) melalui Sijil Perhutanan adalah satu inisiatif yang amat membanggakan.

Jelasnya, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selalu menekankan pentingnya aspek menanam semula pokok-pokok di kawasan yang tersorot.

Oleh itu, katanya, pengurusan hutan yang mapan dapat memastikan pengeluaran hasil hutan dapat dikekalkan secara berterusan.

“Kerajaan Sarawak kini mengutamakan kepada aktiviti pemulihan hutan bagi menjamin kelestarian alan sekitar yang kondusif, baik untuk semua makhluk yang menghuni muka bumi.

….Untuk berita lainnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Mac 2021

Suara Sarawak