Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Jabatan Hutan Sarawak komited perkasakan kebajikan rakyat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SUMBANGAN… Wan Fauzi (lapan kiri) menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan kepada Iskandar (sembilan kiri) pada program Lawatan Mesra dan Penyerahan Sumbangan JHS untuk penghuni Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, di Jalan Kuching-Serian, dekat sini, hari ini.

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) komited menjalankan aktiviti kebajikan menerusi kelab dan persatuan yang ditubuhkan untuk kakitangannya.

Pegawai Psikologi merangkap Pengerusi Biro Kebajikan dan Pendidikan JHS Wan Fauzi Wan Ismail berkata, aktiviti tersebut dianjurkan adalah untuk menggalakkan kakitangan membantu masyarakat yang memerlukan.

Menurutnya, mereka memilih untuk menjalankan aktiviti pendidikan dan kebajikan di Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah sekali gus menjadi lokasi pertama tahun ini.

SUMBANGAN… Wan Fauzi (lapan kiri) menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan kepada Iskandar (sembilan kiri) pada program Lawatan Mesra dan Penyerahan Sumbangan JHS untuk penghuni Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, di Jalan Kuching-Serian, dekat sini, hari ini.

“Kita juga sangat bersyukur kerana dapat berkongsi kegembiraan menerusi program berbentuk kebajikan kepada kanak-kanak yang memerlukan di rumah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Lawatan Mesra dan Penyerahan Sumbangan JHS untuk penghuni Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, di Jalan Kuching-Serian, dekat sini, hari ini.

Tambahnya, program tersebut juga dijalankan bersama-sama oleh Kelab Rekreasi dan Sosial (Foressa); Persatuan Kebajikan Islam JHS (Perkijap); dan Kumpulan Sokongan Pekerja (KSP) JHS serta melibatkan kira-kira 35 kakitangan.

SIMBOLIK… Wan Fauzi (satu kiri), Iskandar (dua kanan) dan Ketua Unit Korporat dan Media JHS Mohd Saiful Amrie Abdullah merakam gambar kenangan selepas simbolik penanaman pokok buah kristal.

“Untuk menjayakan aktiviti ini, kita telah membuat pengumpulan dana atau derma daripada kakitangan JHS, termasuk ahli kelab sendiri.

“Alhamdulillah kita mendapat sokongan yang menggalakkan dan akhirnya dapat menyumbangkan beberapa barangan keperluan seperti beras, lampin pakai buang dan dapat menyediakan keperluan kanak-kanak sehingga 18 tahun,” ujarnya.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News