ARTIKEL

Kakitangan Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Miri melakukan pemeriksaan di premis sekitar bandar raya Miri sempena Operasi Mega Bersepadu PPKHT 2004

Jabatan Kesihatan S’wak, Miri keluar 48 notis pelbagai kesalahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebanyak 48 notis dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Cawangan Miri kepada beberapa premis di sekitar bandar raya Miri atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Menurut JKNS Miri dalam kenyataan hari ini, operasi yang dijalankan 16-17 April itu diketuai oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, Dr. Raviwharmman Packerysamy, dan melibatkan 60 anggota dari seluruh daerah termasuk anggota dari Inspektorat dan Perundangan Negeri (UIPN).

“Dalam operasi yang dijalankan ini, sebanyak 515 premis diperiksa iaitu terdiri daripada kedai makan, pusat membeli-belah, lapangan terbang, hospital, tandas awam, bangunan kerajaan dan hentian pengangkutan awam.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 48 notis 32B di bawah PPKHT 2004 dikeluarkan di bawah peraturan tersebut, dan nilai kompaun yang dikenakan sebanyak RM12,750.

“Melalui operasi sama juga, sebanyak 102 karton rokok pelbagai jenama dirampas kerana menyalahi PPKHT 2004 dengan nilai rampasan RM4,305.50,” katanya.

Sementara itu katanya, operasi ini juga dijalankan secara serentak di peringkat Bahagian dan Daerah seluruh Sarawak, serta bertujuan menguat kuasa peraturan nerkaitan kawalan hasil tembakau yang ditetapkan dalam PPKHT 2004.

“Selain itu, ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya merokok dan kesan penyalahan penggunaan rokok yang boleh membawa masalah penyakit tidak berjangkit.

“Justeru, operasi seperti ini dijalankan secara berterusan di semua daerah di seluruh Sarawak bagi memastikan penguatkuasaan PPKHT 2004 dapat dipertingkatkan, dan sekali gus dapat memupuk budaya sihat dalam kehidupan masyarakat,” jelasnya.

Rokok pelbagai jenama yang dirampas kerana disyaki menyalahi PPKHT 2004.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA