Jabatan Peguam Negara (AGC) menyelar dakwaan dalam surat yang dihantar oleh Paul H. Cohen, peguam kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II (penuntut Kumpulan Sulu) yang membuat tuntutan ke atas kerajaan Malaysia.
Menurut AGC, surat itu menuntut bayaran segera iaitu sebelum 2 Jun 2023, bagi Final Award yang dikatakan berjumlah AS$16.412 bilion termasuk 10 peratus faedah, AS$3,502,394.24 bagi bayaran peguam dan ahli pakar serta AS$4,026,592.64 bagi kos timbang tara.
Menurut laporan Bernama, AGC berkata, kesemua dakwaan oleh Paul dalam surat itu sama sekali tidak benar dan secara terang-terangan tidak mengendahkan fakta sebenar tuntutan (oleh penuntut) yang tidak dapat disangkal lagi akan mewujudkan rekod bertulis bagi perkara yang tidak benar, yang bertujuan untuk digunakan terhadap Malaysia.
Baca lanjut dalam Berita Utama…