ARTIKEL

Dominique (tiga kiri berdiri) menyampaikan bantuan makanan kotak Madani kepada Pusat Pendidikan D’Wira.

Jabatan Pendidikan diminta urus kemasukan anak Sarawak tanpa kewarganegaraan di sekolah kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Pendidikan harus mengurus dan menerima kemasukan anak Sarawak tanpa kewarganegaraan di sekolah.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuching Dominique Ng Kim Ho berkata, ini bagi memastikan anak-anak ini mendapat pendidikan formal agar mereka dapat menyumbang kepada masa hadapan Sarawak dan menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Menurutnya, terdapat ribuan anak tanpa kewarganegaraan di Sarawak, kebanyakan mereka berada di bandar seperti Kuching yang tidak dapat bersekolah kerana isu kewarganegaraan ibu bapa mereka yang amat dikesali.

“Jabatan Pendidikan Persekutuan di Sarawak harus mengenepikan kaedah birokrasi mereka dan melakukan yang terbaik dalam menyediakan bantuan bagi memastikan kesemua kanak-kanak usia persekolahan didaftarkan di sekolah terdekat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau membuat gesaan itu semasa menyampaikan bantuan makanan 20 kotak Madani kepada pusat pendidkan tidak berasaskan keuntungan, Pusat Pendidikan D’Wira.

Beliau turut memuji pusat pendidikan itu kerana menyediakan peluang pendidikan asas kepada beberapa kanak-kanak yang tidak dapat memasuki sekolah kerajaan.

Katanya, Pusat Pendidikan D’Wira menyediakan pendidikan awal kepada kanak-kanak berumur 4 ke 6 tahun berdasarkan sistem pendidikan Montessori dan menyediakan pendidikan sekolah untuk pelajar tahun 1 ke tahun 6.

“Pusat Pendidikan D’Wira menerima kanak-kanak daripada semua kaum dan agama, sekali gus mencerminkan sepenuhnya kepelbagaian budaya dan kaum Sarawak.
 
“Selain itu, pusat pendidikan juga menyediakan perkhidmatan bas sekolah untuk membawa anak-anak pergi dan balik sekolah bagi mereka yang mempunyai masalah pengangkutan.
 
“Kebanyakan guru di pusat pendidikan itu sukarelawan atau menerima elaun yang sangat rendah, sesuatu yang dibanggakan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi