ARTIKEL

Jabatan Pertanian S’wak, UMT jalin kerjasama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dalam usaha memperkasa dan membangunkan industri akuakultur di negeri ini, Jabatan Pertanian Sarawak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Kerjasama tersebut membolehkan kedua-dua pihak berkongsi pengetahuan dan sumber seterusnya bagi mempercepatkan impak industri akuakultur Sarawak.

Selain itu, kesejahteraan penternak dapat ditingkatkan, memperkasakan mereka dengan kemahiran yang diperlukan dan teknologi terkini.

Langkah itu juga dilihat dapat meningkatkan pengeluaran serta membina asas mantap untuk keselamatan dan keterjaminan makanan di negeri ini.

MoU yang berlangsung di Dewan Jamuan Senat UMT itu turut dihadiri oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau mengetuai rombongan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) dan Jabatan Pertanian Sarawak dalam lawatan kerja ke UMT.

Hadir sama, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Martin Ben; ADUN Katibas, Lidam Assan; Setiausaha Tetap M-FICORD, Sirai Daha dan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Dominic Chunggat.

BERITA LAIN

Proton terima anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024

KUALA LUMPUR: PROTON telah menerima anugerah kecemerlangan industri yang paling berprestij melalui Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024 sebagai pengiktirafan atas komitmen syarikat untuk memajukan keselamatan kenderaan dan

Bursa Malaysia diniagakan tidak berubah pada dagangan awal

KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambilan untung yang sederhana mengehadkan kenaikan Bursa Malaysia pada pagi ini selepas aktiviti pembelian saham semalam.  Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.08 mata

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu