Trending

Jadi lebih baik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

TAJUK: MENCARI MAKNA HIDUP

PENERBIT: PTS MILLENNIA SDN. BHD.

PENULIS: TERJEMAHAN

MUKA SURAT: 240

TAHUN TERBITAN: 2012

BUKU Mencari Makna Hidup ini merupakan inti sari daripada usaha kita dalam mencari erti kehidupan secara lebih mendalam.

Setiap bahagian dalam bab kecil buku ini dimulai dengan kisah inspirasi yang membantu pembaca menemukan dan mengembangkan makna daripada kisah yang berlaku.

Seterusnya, pembaca diajak menyusuri erti kisah sebenar.

Pada penghujung setiap bab kecil disediakan ruangan bagi renungan, baik berupa pertanyaan mahupun ujian kecil yang membantu pembaca menyimpulkan dan menarik pesan daripada kisah yang dipaparkan.

Itulah sebabnya buku ini sebaik-baiknya dibaca sambil memegang alat tulis atau pewarna tulisan bagi menegaskan dan mencatat perkara yang mungkin sudah lama kita ketahui, tetapi sudah lama pula ia tenggelam di alam bawah sedar kita.

KAUNSELING

Buku setebal 240 halaman dan mengandungi lima bahagian dengan tajuk kecil tersendiri cuba menyingkap pertanyaan atau memerlukan khidmat kaunseling selepas membaca buku ini.

Menariknya buku ini, sumber inspirasi yang tercurah dalam buku ini diperoleh daripada pengalaman individu berjaya dan yang gagal. 

Perbincangan rakan sekerja, pengalaman peribadi penulis buku ini dan sebagainya berjaya membangkitkan semangat hidup sebenar.

Menyelusuri judul dalam buku ini sekali gus diharap dapat pembaca diperkarya dengan mendapatkan inspirasi bagi mengembangkan hidup ke arah lebih baik.

Dalam pada itu, pengalaman suka duka individu yang cuba dikongsi menerusi penghasilan buku ini banyak menemui perkara baharu.

INSPIRASI

Boleh dikatakan setiap hal yang berlaku menjadi inspirasi penulis menyemarakkan kandungan dalam buku dengan kehidupan sehari-hari yang sebenar.

Menganalisis sepintas lalu buku ini, amat jelas bahawa penulis mengalami kesan besar dalam mengamati isi kandung buku ini, khususnya dari sudut kepimpinan mandiri dan perkembangan diri secara profesional.

Penulis mendapat inspirasi dan berkongsi pengalaman dalam banyak perkara yang dilihat sebagai pencetus maklumat berharga.

Dalam penghasilan buku ini, penulis menyampaikan rasa terima kasih kepada semua pihak yang menjadi pemacu bagi menyiapkan buku ini.

Isi kandung setiap judul dalam buku ini cuba mempamerkan sama kritikan membangun dan dorongan bagi menyiapkan buku ini dengan lebih baik.

Buku ini juga tidak terlepas daripada kekurangan dan batasan.

Ironinya, kemunculan buku ini di pasaran dapat menjadi rujukan umum untuk menerobos dan membangkitkan kesedaran serta keberanian bagi melakukan perubahan diri yang lebih baik dan sempurna.

Tujuan buku ini dihasilkan tidak hanya menginspirasikan sesuatu kepada pemmbaca, namun, ketika menyusun tulisan demi tulisan, menegur dan mendorong penulis sendiri meningkatkan kualiti hidup ke arah yang lebih baik.

MENGUKUR

Jangan mengukur dan mengeluh betapa tingginya sebuah gunung sebelum cuba mendakinya, kerana selepas berjaya mencapai puncaknya, kita pasti mengatakan betapa rendahnya gunung itu.

Sementara itu, lima bahagian yang terdapat dalam buku ini menghimpunkan tajuk yang sama, selain tajuk kecil tersendiri.

Bahagian tajuk yang ada menghimpunkan judul enam atau lapan judul tersendiri.

Sejauh mana kita dapat memanfaatkan peristiwa yang berlaku di sekeliling saban hari dan mempelajari sesuatu tentang kehidupan.

Sejauh mana, kita menggunakan pengalaman orang lain sebagai sempadan.

Dan sejauh mana kita mempelajari hikmah di sebalik semua peristiwa sekeliling.

Buku Mencari Makna Hidup menghimpun kisah berkaitan kehidupan sejagat.

Bagaimana kita dapat memanfaat hikmah itu untuk diterjemah kepada pelan tindakan dalam mendepani masa yang akan kita dilalui.

Kepada pembaca, bersamasama kita menyingkap hikmah di sebalik kisah yang diinspirasi dan diungkap sebagai landasan untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Amukan Prebet Adam

BUKU bertajuk Konfesi Prebet Adam yang ditulis oleh Syahril A.

Perjalanan dunia koma

BERSEDIAKAH kita pergi ‘sebelum waktunya? Apakah kita cukup bersedia meninggalkan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru