ARTIKEL

Foto: BERNAMA

Jadi mangsa serangan siber India selepas siar berita Modi: Portal berita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Sebuah portal berita terkemuka Afrika Selatan mendakwa menjadi mangsa “serangan siber berniat jahat” dari India selepas ia pada Rabu melaporkan bahawa Perdana Menteri India Narendra Modi enggan turun dari pesawatnya pada Selasa di Pangkalan Tentera Udara Waterkloof berhampiran Pretoria berhubung dakwaan layanan tidak setara yang diterimanya.

Laporan Daily Maverick yang dinafikan pejabat Timbalan Presiden Afrika Selatan Paul Mashatile dalam komen yang disiarkan media India dan Afrika Selatan, berkata Modi kecewa kerana kerajaan Afrika Selatan hanya menghantar seorang menteri kabinet untuk menyambutnya sebaik ketibaanya untuk menghadiri sidang kepimpinan BRICS di Johannesburg dari 22-24 Ogos.

“Sebagai perbandingan, Presiden Cyril Ramaphosa sendiri telah berada di atas landasan untuk menyambut Presiden China Xi Jinping ketika beliau tiba pada malam Isnin,” Daily Maverick melaporkan dalam artikelnya bertajuk “Cinta Segitiga Sukar: Ketika Ramaphosa memberi perhatian kepada Xi, Modi mengamuk dan enggan turun dari pesawatnya.” ( Tough Love Triangle: While Ramaphosa focused on Xi, Modi threw a tantrum and refused to get off his plane.)

Baca lain  Indonesia anjur latihan tentera laut pelbagai Hala Komondo bersama 36 negara

Semasa di Waterkloof, Modi  disambut oleh timbalan presiden, tetapi Daily Maverick berkata ini bukan seperti yang diatur sebelumnya dan Mashatile hanya dihantar tergesa-gesa oleh Ramaphosa dari acara kerajaan untuk menenangkan pemimpin India itu.

Bagaimanapun, seorang jurucakap Mashatile berkata timbalan presiden telah berada di pangkalan udara sebelum ketibaan Modi.

“DP (timbalan presiden) telah dimaklumkan lebih awal, bahawa PM India (perdana menteri) akan tiba dan beliau akan menyambutnya. Beliau berada di sana sebelum pesawat membawa PM Modi mendarat,” kata jurucakap Mashatile Vukani Mde dipetik sebagai berkata oleh News24 Afrika Selatan.

Semasa melaporkan portal itu menjadi mangsa “Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS)”,  Daily Maverick dalam catatan media sosialnya berkata, ia tetap mempertahankan laporannya mengenai Modi.

Dalam pada itu, penyelaras keselamatan laman web itu berkata, serangan siber membanjiri laman web itu dengan trafik bot dengan niat untuk menurunkannya.

“Kami menyiasat dan mendapati ia datang dari sebilangan besar pelayan India,” kata penyelaras keselamatan itu.

Laman web itu tidak boleh diakses dari India pada awal Khamis.

Baca lain  Ikan seiras dinosaur yang bermata besar

“Adalah jelas bahawa tujuan serangan ini adalah untuk menafikan akses rakyat India kepada berita ini kerana tiada percubaan dibuat untuk menyembunyikan punca serangan.

Ini menyebabkan kami tiada pilihan selain menyekat seluruh domain India untuk melindungi integriti portal itu,” kata ketua pengarang portal Branko Brkic.

Beliau juga berkata Daily Maverick “berpegang dengan laporannya dan akan terus melaporkan perkembangan”. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

Puluhan badak sumbu dilepaskan di Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Berpuluh-puluh ekor badak sumbu dilepaskan ke habitat semula jadi di Afrika Selatan, dalam langkah pertama inisiatifnya untuk membebaskan 2,000 ekor badak sumbu ke dalam

Filipina beli 5 kapal pengawal pantai

MANILA: Filipina bersetuju untuk membeli lima kapal peronda pengawal pantai dari Jepun dalam perjanjian bernilai lebih AS$400 juta, kata Manila pada Jumaat. Pengumuman itu dibuat

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan