ARTIKEL

Jadikan kuari Stabar di Kota Sentosa sebagai tarikan pelancongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kuari yang berusia lebih 70 tahun di Kota Sentosa di sini dicadang untuk ditransformasikan sebagai tarikan pelancongan.

ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin berkata, terdapat sebuah kuari yang dikenali sebagai Kuari Stabar menghasilkan batu kuari untuk melaksanakan pelbagai projek sejak 1950-an. 

“Kuari ini kini tidak lagi beroperasi, oleh itu saya mencadangkan Kerajaan Sarawak menjalankan satu kajian untuk projek peremajaan dan pengindahan bagi mentransformasikan Kuari Stabar kepada tarikan pelancongan baharu.

“Lokasi kuari berkenaan yang sangat dekat dengan kawasan komersial Kota Sentosa berpotensi dibangunkan dengan taman awam, kemudahan sukan dan pusat perhimpunan untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pembekalan (2024) Bil 2023 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sarawak Bagi Tahun 2024 pada Persidangan DUN Ke-19, di sini, hari ini.

Jelasnya, Kuari Stabar mempunyai sejarah menghasilkan batu kuari untuk melaksanakan banyak projek jalan raya dan sebagainya sejak tahun 1950-an.

“Saya percaya pembangunan kuari yang tidak digunakan ini akan mengubah Kota Sentosa menjadi kawasan pelancongan yang pelbagai dengan infrastruktur untuk aktiviti rekreasi orang ramai.

“Cadangan pembangunan tarikan pelancongan ini jika berjaya akan merangsang ekonomi tempatan dengan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan yang akan memberi manfaat yang besar kepada masyarakat tempatan,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke