ARTIKEL

Jadikan Kuching bandar mesra kanak-kanak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYERAHAN…. Wakil UNICEF ke Malaysia dan Wakil Khas ke Negara Brunei Darussalam, Robert Gass menyampaikan cenderahati kepada Wee.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) komited untuk melaksanakan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) di Sarawak.

Usaha itu dibuktikan dengan kunjungan hormat kepada Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Delegasi yang diketuai oleh Datuk Bandarnya Dato Wee Hong Seng terbabit juga membincangkan Rangka Kerja CFCI untuk Kuching Selatan dan pertukaran pengetahuan dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

RAKAM KENANGAN… Wee (tengah) merakam kenangan bersama Wakil UNICEF ke Malaysia dan Wakil Khas ke Negara Brunei Darussalam, Robert Gass (tiga kiri).

Wee pada kunjungan tersebut turut berkongsi idea dan kebimbangan beliau mengenai pelaksanaan CFCI di Kuching Selatan.

Menurutnya, adalah penting untuk mempunyai kerjasama dan bimbingan yang kukuh daripada UNICEF sendiri kerana Kuching Selatan adalah bandar pertama di Borneo yang menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) CFCI dengan UNICEF.

“Tanggungjawab majlis telah berkembang sepanjang tahun dan  perlu mengembangkan tanggungjawabnya, seperti CFCI.

“Majlis akan melakukan yang terbaik untuk menyediakan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak dan memastikan masyarakat memahami kepentingan mengetahui hak golongan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun Wee menambah, MBKS perlu dibimbing oleh UNICEF untuk memastikan semua keperluan dipenuhi dan diikuti oleh pihaknya.

Sehubungan itu, ujarnya MBKS akan bekerjasama rapat dengan UNICEF dan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang CFCI.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit