ARTIKEL

Jadikan lokasi medan niaga wajib dikunjungi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Medan Niaga Permaidani Kampung Boyan, Gersik dan Sourabaya (BGS) mesti dijadikan salah satu lokasi wajib dilawati orang ramai apabila berkunjung ke bandar raya ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, ia dapat direalisasikan memandangkan kedudukan strategik medan niaga tersebut yang terletak berhampiran 12 mercu tanda tarikan utama pelancong di Sarawak.

“Oleh itu, saya menyarankan agar peniaga di sini memperkenalkan menu makanan menarik yang boleh menjadi hidangan wajib apabila pelancong berkunjung ke Sarawak.

“Mengambil contoh apabila berkunjung ke Melaka, anda mesti mahu mencuba masakan asam pedas.

Begitu juga di sini, supaya medan niaga yang mempunyai sejumlah 40 gerai makanan pelbagai jenis terkenal sebagai tempat wajib dikunjungi pelancong,” katanya.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU